4 – 6 tahun

TUNJANG KOMUNIKASI – BAHASA MELAYU

Kanak-kanak tahu menjawab salam

1.Kanak-kanak boleh memberi salam kepada guru
 2.Kanak-kanak boleh mengucapkan selamat pagi kepada guru dan bertanyakan khabar guru.

Minggu orientasi bagi menyesuaikan kanak-kanak dengan taska dan tadika.

Selamat pagi cikgu!

RUANG AKTIVITI

Audio visual – TV

1. Guru membawa kanak kanak ke ruangan aktiviti dan memberikan salam serta bertanyakan khabar kanak-kanak.


2.Guru meminta kanak kanak duduk dalam 1 kumpulan dan mula bertanyakan soalan kepada kanak-kanak dengan soalan yang berkaitan dengan aktiviti seperti “ hari ini hari apa ?” sekarang waktu pagi atau petang?


3.Guru menerangkan bahawa kanak-kanak perlu hormat kepada guru. Contohnya : apabila berjumpa dengan guru atau apabila guru masuk ke dalam kelas untuk mengajar, kanak kanak perlu memberi salam dan mengucapkan selamat pagi kepada guru.


4.Guru meminta dan berpesan kepada kanak kanak untuk memberi salam kepada guru dan mengucapkan selamat pagi sebagai tanda hormat kepada guru.


5.Kanak-kanak memberi salam dan mengucapkan selamat pagi kepada guru dengan bimbingan.


6.Guru membimbing kanak-kanak memberi salam dan mengucapkan selamat pagi dengan baik.


7.Guru memberi pujian kepada kanak-kanak yang dapat mengikuti arahan dan menyebut dengan baik.


8.Guru mengulangi semula tentang aktiviti yang dijalankan.


9.Pujian diberikan kepada semua kanak-kanak yang mengambil bahagian dalam aktiviti


10.Guru membimbing kanak-kanak mengemaskan bahan/barang yang digunakan sebentar tadi dalam pelaksanaan aktiviti.


11.Guru mengucapkan terima kasih dan i love you kepada kanak kanak.

  1. Sekiranya kanak-kanak berjaya,kanak kanak diminta untuk bertanyakan khabar guru seperti “ apa khabar cikgu?”

2. Sekiranya kanak-kanak tidak berjaya menyebut perkataan tersebut dengan baik,guru akan membimbing dan mengulangi perkataan tersebut sehingga mereka dapat melafazkannya dengan lancar dan baik.

1.Keselamatan :
Guru perlu memastikan lantai tidak licin dan terhindar dari sebrang benda tajam semasa aktiviti dijalankan.

2.Kebersihan :
Guru perlu meastikan ruang aktiviti dan bahan yang digunakan bersih.


3. Kesihatan :
Guru memastikan kanak-kanak berada dalam keadaan sihat semasa aktiviti dijalankan.

error: Content is protected !!