4 – 6 tahun

TUNJANG KOMUNIKASI – BAHASA MELAYU

Kanak-kanak boleh menyebut huruf/abjad

1.Kanak-kanak boleh mengenal bentuk huruf/abjad A-Z
2. Kanak-kanak boleh menyebut sambil menunjukkan bentuk huruf/abjad yang disebutkan.
3. Kanak-kanak boleh menyebut huruf mengikut susunan

Minggu orientasi bagi menyesuaikan kanak-kanak dengan taska dan tadika.

Mari mengenal huruf!

RUANG AKTIVITI

Kertas manilakad  / imbas kad ABC

1. Guru memberi salam dan bertanyakan khabar kanak-kanak
2. Guru meminta kanak-kanak untuk menyanyikan lagu ABC
3. Guru menerangkan aktiviti yang akan dijalankan dengan menunjukkan bahan bantu mengajar.
4. Guru meminta kanak kanak untuk menyebut huruf dari A-Z
5.Guru menunjukkan manilakad yang mempunyai susunan abjad/huruf.
6.Guru meminta kanak-kanak untuk menyebut huruf yang ditunjukkan oleh guru
7.Guru membimbing kanak-kanak yang tidak dapat menjawab/menyebut huruf yang ditunjukkan.
8.Guru meminta kanak-kanak mengulangi sekali lagi dengan mengikut guru menyebut huruf/abjad.
9.Guru memberikan pujian kepada kanak-kanak yang dapat melakukan,menjayakan aktiviti tersebut.
10.Guru mengulangi semula soalan berkenaan aktiviti yang dilakukan.
11.Pujian diberikan kepada semua kanak-kanak yang mengambil bahagian dalam aktiviti.
12.Guru mengucapkan terima kasih kepada kanak-kanak.

1.Sekiranya kanak-kanak berjaya menyebut huruf yang ditunjukkan oleh guru, kanak-kanak diminta untuk datang ke hadapan dan menyebut setiap huruf sambil menunjukkan huruf/abjad di kertas manilakad.

2. Sekiranya kanak-kanak tidak berjaya, guru akan membimbing kanak-kanak tersebut dengan menyebut huruf yang tertera di manilakad sambil menunjukkannya kepada kanak-kanak.

1.Keselamatan :
Guru perlu memastikan lantai tidak licin dan terhindar dari sebrang benda tajam semasa aktiviti dijalankan.

2.Kebersihan :
Guru perlu meastikan ruang aktiviti dan bahan yang digunakan bersih.


3. Kesihatan :
Guru memastikan kanak-kanak berada dalam keadaan sihat semasa aktiviti dijalankan.

error: Content is protected !!