3– 6 tahun

MENGENAL HURUF

Kanak kanak boleh menyebut huruf A-Z

1)kanak kanak boleh menyebut huruf vokal
2) kanak kanak boleh membunyikan bunyian huruf vokal

Minggu orientasi bagi menyesuaikan kanak-kanak dengan taska dan tadika.

Mari mengenal huruf Vokal !

RUANG AKTIVITI

Buku huruf vokal / lagu / muzik / TV

1.Guru memberi salam,mengucapkan selamat pagi dan membaca doa.
2.Guru bertanyakan khabar kanak-kanak
3.Guru meminta kanak-kanak untuk duduk dalam keadaan separa bulatan
4.Guru menerangkan aktiviti yang akan dijalankan dengan menunjukkan bahan bantu mengajar.
5.Guru meminta kanak kanak untuk menyanyi lagu aeiou
lirik :
a e i o u
a e i o u
a e i
a e i
a e i o u
a untuk ayam kok kok kok
e panggil emak , emak !
i ikan , berenang di dalam kolam
o otak yang bijak
u ular membelit.


6.Guru menunjukkan buku huruf vokal yang disediakan.
7.Guru meminta kanak kanak untuk mengikut dan menyebut bersama sama.
8.Guru meminta kanak kanak untuk menyebut dan membunyikan huruf vokal . seperti :
a bunyinya ah !
e bunyinya eh !
dan seterusnya….


9.Guru membimbing kanak kanak yang tidak dapat mengikut untuk membunyikan huruf vokal dengan baik.
10.Guru memberi pujian kepada kanak kanak yang dapat melakukan aktiviti dengan baik.
11.Guru mengulangi semula soalan berkenaan aktiviti yang dilakukan.
12.Pujian diberikan kepada semua kanak-kanak yang mengambil bahagian dalam aktiviti.
13.Guru mengucapkan terima kasih kepada kanak-kanak.

1. Sekiranya kanak-kanak dapat mengikut guru menyebut huruf huruf vokal , guru meminta kanak kanak untuk membuat bunyi huruf vokal.
.
2. Sekiranya kanak-kanak tidak berjaya, guru akan membimbing kanak-kanak tersebut dengan membantu kanak kanak untuk menyebut huruf vokal dan kemudian membantu kanak kanak untuk membuat bunyi huruf vokal dengan baik sehingga berjaya.

1.Keselamatan :
Guru perlu memastikan lantai tidak licin dan terhindar dari sebrang benda tajam semasa aktiviti dijalankan.

2.Kebersihan :
Guru perlu meastikan ruang aktiviti dan bahan yang digunakan bersih.


3. Kesihatan :
Guru memastikan kanak-kanak berada dalam keadaan sihat semasa aktiviti dijalankan.

error: Content is protected !!