4-6 TAHUN

TUNJANG KOMUNIKASI – BAHASA MELAYU

kanak kanak boleh melompat dengan baik

Kanak kanak boleh membezakan huruf besar dan kecil

Minggu orientasi bagi menyesuaikan kanak-kanak dengan taska dan tadika.

Jom kita mengenal huruf besar dan kecil

Luar kelas / Ruang luar aktiviti

Marker pen , Pita pelekat,  Audio visual – TV

Guru memberi salam,mengucapkan selamat pagi dan membaca doa.
2.Guru bertanyakan khabar kanak-kanak
3.Guru meminta kanak-kanak untuk beratur ke luar kelas
4.Guru menerangkan aktiviti yang akan dijalankan dengan menunjukkan bahan bantu mengajar.
5.Guru meminta kanak kanak untuk menyebut huruf yang ditulis dilantai.
6.Guru meminta kanak kanak untuk melompat ke atas huruf yang disebut. Contohnya :
Amna , carikan huruf A besar . kemudian amna mencari dan melompat ke atas huruf tersebut.
7.Guru meminta kanak kanak untuk mencari huruf kecil pula .
contohnya:
Harraz , tunjukkan cikgu huruf b kecil . kemudian harraz mencari dan melompat keatas huruf tersebut.
8.Guru meminta kanak kanak untuk mengulanginya sekali lagi dengan bergilir gilir.
9.Guru membimbing kanak kanak yang tidak dapat mencari huruf yang disebutkan guru .
10.Guru memberi pujian kepada kanak kanak yang dapat melakukan aktiviti dengan baik.
11.Guru mengulangi semula soalan berkenaan aktiviti yang dilakukan.
12.Pujian diberikan kepada semua kanak-kanak yang mengambil bahagian dalam aktiviti.
13.Guru mengucapkan terima kasih kepada kanak-kanak.

1.Sekiranya kanak-kanak dapat mencari huruf di dalam petak kanak kanak diminta untuk maju kehadapan dan melompat ke atas huruf yang disebutkan.


2.Sekiranya kanak-kanak tidak berjaya, guru akan membimbing kanak-kanak tersebut dengan membantu kanak kanak untuk mencari huruf yang disebutkan.

1.Keselamatan :
Guru perlu memastikan lantai tidak licin dan terhindar dari sebrang benda tajam semasa aktiviti dijalankan.

2.Kebersihan :
Guru perlu meastikan ruang aktiviti dan bahan yang digunakan bersih.


3. Kesihatan :
Guru memastikan kanak-kanak berada dalam keadaan sihat semasa aktiviti dijalankan.

error: Content is protected !!