4-6 TAHUN

TUNJANG KOMUNIKASI – BAHASA MELAYU

Kanak kanak mengenal abjad besar dan kecil

Kanak kanak dapat mengeja beberapa perkataan yang mudah dengan bimbingan dan tanpa bimbingan

Minggu orientasi bagi menyesuaikan kanak-kanak dengan taska dan tadika.

Sebutkannya sayangku !

RUANG AKTIVITI

kad abjad , kad bergambar

1.Guru memberi salam,mengucapkan selamat pagi dan membaca doa.

2.Guru bertanyakan khabar kanak-kanak

3.Guru meminta kanak-kanak untuk duduk ditempat masing masing

4.Guru menerangkan aktiviti yang akan dijalankan dengan menunjukkan bahan bantu mengajar.
5.Guru meminta kanak kanak untuk menyanyikan lagu abc

6.Guru menunjukkan kad huruf kepada kanak kanak /

7.Guru meminta kanak kanak untuk menyebut huruf yang ditunjukkan berdasarkan kad .

8.Kanak kanak menyebut huruf dengan bimbingan.

9.Guru meminta kanak kanak mengulangi semula tanpa bimbingan.

10.Guru menunjukkan kad bergambar yang mengandungi f-feri . guru meminta kanak kanak untuk sama sama menyebut dan mengejanya.

contoh :

M-Mata

O-Oren

B-Bola

11.Guru membimbing kanak kanak yang tidak dapat mengeja dengan baik mengikut kad yang ditunjukkan.

12.Guru memberi pujian kepada kanak kanak yang dapat melakukan aktiviti dengan baik.
 m)Guru mengulangi semula soalan berkenaan aktiviti yang dilakukan.

13.Pujian diberikan kepada semua kanak-kanak yang mengambil bahagian dalam aktiviti.

14.Guru mengucapkan terima kasih kepada kanak-kanak.

1.Sekiranya kanak-kanak dapat membaca dan menyebut huruf huruf yang ditunjukkan , kanak kanak diminta untuk mengeja bagi setiap kad huruf yang ditunjukkan.


2.Sekiranya kanak-kanak tidak berjaya, guru akan membimbing kanak-kanak tersebut dengan membantu kanak kanak untuk mengeja sehingga betul dan baik.

1.Keselamatan :
Guru perlu memastikan lantai tidak licin dan terhindar dari sebrang benda tajam semasa aktiviti dijalankan.

2.Kebersihan :
Guru perlu meastikan ruang aktiviti dan bahan yang digunakan bersih.


3. Kesihatan :
Guru memastikan kanak-kanak berada dalam keadaan sihat semasa aktiviti dijalankan.

error: Content is protected !!