4-6 TAHUN

TUNJANG ROHANI SOSIAL DAN EMOSI

Kanak kanak boleh mendengar dan mengikut arahan dengan baik

Kanak kanak dapat mengeja beberapa perkataa yang mudah dengan bimbingan dan tanpa bimbingan

PERIHAL DIRI SAYA

Mari mengucap dua kalimah syahadah

RUANG AKTIVITI

Carta kalimah syahadah

1.Guru memberi salam,mengucapkan selamat pagi dan membaca doa.
2.Guru bertanyakan khabar kanak-kanak
3.Guru meminta kanak-kanak untuk duduk ditempat masing masing
4.Guru menerangkan aktiviti yang akan dijalankan dengan menunjukkan bahan bantu mengajar.
5.Guru meminta kanak kanak untuk menyanyikan lagu alif ba tha
6.Guru menunjukkan carta kalimah syahadah kepada kanak kanak
7.Guru membacakan carta kalimah syahadah dan meminta kanak kanak untuk ikut membaca bersama sama
8.Kanak kanak diminta untuk membaca dua kalimah syahadah tanpa bimbingan
9.Guru meminta kanak kanak mengulangi semula dengan bimbingan
10.Guru membimbing kanak kanak yang tidak dapat membaca dua kalimah syahdah dengan baik dan betul
11.Guru memberi pujian kepada kanak kanak yang dapat melakukan aktiviti dengan baik.
12.Guru mengulangi semula soalan berkenaan aktiviti yang dilakukan.
13.Pujian diberikan kepada semua kanak-kanak yang mengambil bahagian dalam aktiviti.
14.Guru mengucapkan terima kasih kepada kanak-kanak.

1.Sekiranya kanak-kanak dapat membaca dan menyebut dua kalimah syahadah bersama sama guru , kanak kanak diminta untuk menyebut dua kalimah syahadah tanpa bimbingan.


2. Sekiranya kanak-kanak tidak berjaya, guru akan membimbing kanak-kanak tersebut dengan membantu kanak kanak untuk menyebut dan membaca dua kalimah syahadah dengan betul.

1.Keselamatan :
Guru perlu memastikan lantai tidak licin dan terhindar dari sebrang benda tajam semasa aktiviti dijalankan.

2.Kebersihan :
Guru perlu meastikan ruang aktiviti dan bahan yang digunakan bersih.


3. Kesihatan :
Guru memastikan kanak-kanak berada dalam keadaan sihat semasa aktiviti dijalankan.

error: Content is protected !!