4-6 TAHUN

TUNJANG KOMUNIKASI – BAHASA MELAYU

Kanak kanak boleh berinteraksi

Kanak kanak dapat berinteraksi dengan yakin dan dapat menceritakan tentang diri mereka disekolah

PERIHAL DIRI SAYA

Sekolah saya !

RUANG AKTIVITI

Kertas lembaran kerja , pensil , pensil warna , Audio visual – TV

1.Guru memberi salam,mengucapkan selamat pagi dan membaca doa.
2.Guru bertanyakan khabar kanak-kanak
3.Guru meminta kanak-kanak untuk duduk ditempat masing masing
4.Guru menerangkan aktiviti yang akan dijalankan dengan menunjukkan bahan bantu mengajar.
5.Guru meminta kanak kanak untuk menyanyikan lagu kereta merah.
6.Guru menceritakan kepada kanak kanak tentang di sekolah
7.Guru meminta kanak kanak untuk ke hadapan dan menceritakan tentang diri mereka di sekolah .
8.Kanak kanak diminta memberi respon pada penceritaan yang diceritakan oleh rakan dihadapan
9.Guru membimbing kanak kanak yang tidak dapat menceritakan tentang perihal disekolah dengan baik.
10.Guru memberi pujian kepada kanak kanak yang dapat melakukan aktiviti dengan baik.
11.Guru mengulangi semula soalan berkenaan aktiviti yang dilakukan.
12.Pujian diberikan kepada semua kanak-kanak yang mengambil bahagian dalam aktiviti.
13.Guru mengucapkan terima kasih kepada kanak-kanak.

1.Sekiranya kanak-kanak dapat bercerita dengan baik , kanak kanak lain diminta untuk memberi respon terhadap penceritaan.

2.Sekiranya kanak-kanak tidak berjaya, guru akan membimbing kanak-kanak tersebut dengan membantu kanak kanak untuk bercerita dengan lebih baik dan yakin tentang sekolah .

1.Keselamatan :
Guru perlu memastikan lantai tidak licin dan terhindar dari sebrang benda tajam semasa aktiviti dijalankan.

2.Kebersihan :
Guru perlu meastikan ruang aktiviti dan bahan yang digunakan bersih.


3. Kesihatan :
Guru memastikan kanak-kanak berada dalam keadaan sihat semasa aktiviti dijalankan.

error: Content is protected !!