4-6 TAHUN

TUNJANG FIZIKAL DAN ESTETIKA (KREATIVITI)

1,Kanak kanak tahu tarikh hari lahir mereka

2.Kanak-kanak tahu tentang topi yang digunakan bila adanya majlis hari jadi.

1. Kanak-kanak dapat membuat topi dan menghiaskannya dengan kreativiti sendiri
2. Kanak-kanak dapat menggayakan topi seperti berada di majlis hari lahir.
3. Kanak-kanak dapat menggunakan bahan dengan baik dan berhemah sekali.

PERIHAL DIRI SAYA

Selamat hari jadi sayang!

RUANG AKTIVITI

Pensil warna,Kertas manilakad,Tali,Gunting. , Audio visual – TV

1.Guru memberi salam dan bertanyakan khabar kanak-kanak
2.Guru meminta kanak-kanak menyanyikan lagu selamat hari lahir bersama-sama.
Lirik :
selamat hari jadi
selamar hari jadi
selamat hari jadi sayang
selamat hari jadi !
3.Guru menanyakan soalan berdasarkan pengalaman sedia ada dengan soalan yang berkaitan dengan aktiviti seperti “Siapa pernah menyambut hari lahirnya?” “Bilakah hari lahir anda?
3.Guru menunjukkan bahan yang akan digunakan untuk aktiviti yang akan dijalankan.
4.Guru menunjukkan contoh membuat topi dengan menggunakan kertas manilakad yang telah dipotong kepada segi empat tepat.
5.Guru meminta kanak-kanak mulakan untuk menyatakan kreativiti mereka diatas kertas manilakad dengan melukis mengikut kreativiti masing-masing.
6.Guru membantu kanak-kanak yang memerlukan pertolongan .
7.Setelah siap melukis diatas kertas manilakad mengikut kreativiti, guru meminta kanak-kanak untuk melihat contoh yang ditunjukkan guru untuk membentukkan topi.
8.Kanak-kanak mengikut contoh yang ditunjukkan oleh guru
9.Guru membimbing kanak-kanak yang tidak dapat membentukkan manilakad menjadi topi.
10.Guru memberi pujian kepada kanak-kanak yang dapat melakukan dengan baik.
11.Pendidik mengulangi semula soalan berkenaan aktiviti “ selamat hari jadi “
12.Pujian diberikan kepada kanak-kanak yang mengambil bahagian dalam aktiviti yang dijalankan.
13.Pendidik membimbing kanak-kanak mengemaskan barang/bahan yang digunakan.
14Pendidik meminta kanak-kanak berdiri sebaris untuk mengambil gambar sambil memakai topi yang mereka buat sebentar tadi.
15.Pendidik mengucapkan terima kasih kepada kanak-kanak.

1.Sekiranya kanak-kanak berjaya melakukan aktiviti yang dilakukan , guru meminta kanak-kanak tersebut untuk meneruskan dengan mengikat tali dibahagian tepi topi.


2.Sekiranya kanak-kanak tidak berjaya , guru akan membimbing dan menunjukkan cara melakukan dan melakukannya bersama dengan kanak-kanak.

1.Keselamatan :
Guru perlu memastikan lantai tidak licin dan terhindar dari sebrang benda tajam semasa aktiviti dijalankan.

2.Kebersihan :
Guru perlu meastikan ruang aktiviti dan bahan yang digunakan bersih.


3. Kesihatan :
Guru memastikan kanak-kanak berada dalam keadaan sihat semasa aktiviti dijalankan.

error: Content is protected !!